Wednesday, March 20, 2013

Kasih Padamu Ya Rasulullah


Rasulullah dalam sirahMu
 Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa


Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan


Walau diri bisa menakluki tahta

Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaalaAzimat yang berharga


Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah


Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah


Sahih hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat


Rasulullah Terlalu RinduPadamu Junjungan JiwaDidalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganMu


Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku


AllahummasollialaMuhammad....
Rindu padamu ya Rasulullah......

Tuesday, March 5, 2013

♥ REZEKI ♥ Allah Maha Pemurah


Bismillahirahmanirrahim....
Assalamualaikum pembaca tersayang. ^^

Berbicara mengenai REZEKI. 
Lazimnya, hampir setiap orang inginkan REZEKI YANG MURAH.
MURAH? 
Ya. Rezeki yang sentiasa hadir kepada kita.

  • Seringkali hambaNya berasa bimbang dengan rezeki masing-masing, sedangkan tiada siapa mampu 'mencuri' rezeki yang telah ditakdirkan Allah kepada hamba-hambaNya.
  • Segalanya hak milik Allah SWT. Yakinlah  & letakkanlah kebergantungan kita hanya kepada Allah semata-mata. Allahu Allah. Bukan manusia memberi rezeki kepada kita tetapi ALLAH SWT. ♥

Firman Allah (Saba' : 24)
Katakanlah : "Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?"
Katakanlah : "ALLAH" , dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata. 

  • Seringkali hambaNya lalai apabila memperoleh rezeki yang melimpah ruah. Berapa ramai hamba-hambaNya yang gagal menggunakan rezeki yang diberikan oleh Allah ke jalan diredhaiNya?
    Allahu Allah. 
  • Berbelanjalah di jalan ALLAH SWT. ♥

Firman Allah (Al-Baqarah :254)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَنفِقُواْ مِمَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ 
يَوْمٌ لاَّ بَيْعٌ فِيهِ وَلاَ خُلَّةٌ وَلاَ شَفَاعَةٌ وَالْكَافِرُونَ هُمُ 


"Hai orang-orang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim. 
  • Allah Maha Berkuasa. Allah memberi kepada siapa yang dikehendakiNya.
    Segalanya daripada Allah SWT.



Firman Allah ( Ali-Imran :27)


تُولِجُ اللَّيْلَ فِي الْنَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ 
الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الَمَيَّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَن 
تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

"Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas) ". 

Firman Allah (Ali-Imran : 37)

فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنبَتَهَا نَبَاتاً حَسَناً وَكَفَّلَهَا 

زَكَرِيَّا كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِندَهَا 
رِزْقاً قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَـذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِندِ اللّهِ إنَّ 
اللّهَ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

"Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharanya. Setiap Zakari masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakari berkata : " Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makan) ini ? " Maryam menjawab : " Makanan itu dari sisi Allah". Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa hisab. 



  • Siapa kita untuk menilai rezeki yang kita peroleh?
    Siapa kita untuk tidak bersyukur?
    Kita bukan siapa-siapa! Allahu Allah.
    Jadikan kami hambaMu yang bersyukur, dengan segala pemberianMu. Allahu Allah
Firman Allah (Al-Fajr : 15-16)


فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي 
أَكْرَمَنِ
وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ

"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, 
maka dia akan berkata : " tuhanku telah memuliakanku, Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata : "Tuhanku menghinakanku". 

Firman Allah (Al-An'am :142)


وَمِنَ الأَنْعَامِ حَمُولَةً وَفَرْشاً كُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّهُ وَلاَ 
تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

"Dan di antara haiwan ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan ada yan untuk disembelih. Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

  • Hanya Allah Maha Pemurah. Allah sahaja yang memberi makhluknya rezeki. Kebergantungan hambaNya hanya kepadaNya. Allahu Allah.
  • Allah Maha Mengetahui segalanya. Kehendak & keperluan setiap makhlukNya.
Firman Allah (Al-Ankabut :60)

وَكَأَيِّن مِن دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ وَهُوَ 
السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


"Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Firman Allah (Ar-Rum :40)

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ ثُمَّ رَزَقَكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ هَلْ مِن 
شُرَكَائِكُم مَّن يَفْعَلُ مِن ذَلِكُم مِّن شَيْءٍ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى 
عَمَّا يُشْرِكُونَ




"Allah-lah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rezeki, kemudian mematikanmu, kemudia menghidupkanmu (kembali). Adakah di antara yang kamu sekutukan dengan Allah itu yang dapat berbuat sesuatu dari demikian itu? Maha Sucilah Dia dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. "

.

Tuesday, February 5, 2013

Acuan Berfesyen Paling Cantik ^^


Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah,
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam...
Ya Habiballah, Rindu kami kepadamu...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda. 

Girls, kamu lebih cantik daripada bidadari. Percaya atau tidak?
Ya.... Tapi bila?
Wanita, pastinya nak jadi CANTIK, ANGGUN dan segalanya INDAH.....Agak-agaknya lah, siapa yang cantik tu?
Pelakon korea yang putih melepak tu? yang mata sepet comel-comel tu? Mereka boleh tak dikategorikan bidadari dunia?


Hurmmm....Cuba baca surah Al-Waqiah. Bidadari syurga ini digambarkan oleh Allah dgn perumpamaan yang sangat menarik. Tapi, secantik apa pun para bidadari syurga ini, wanita Mukminat jauh lebih cantik daripada mereka; iaitu orang yang memelihara auratnya, membasuh mukanya setiap hari dengan wuduk , melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi redha Allah.


 " Mukminat solehah itu lebih anggun daripada bidadari syurga "

 Jom kita berfesyen mengikut syariat, acuan yang sebenar-benarnya. Oh ya, bagaimana?

  1. Pakailah pakaian takwa.
  2. Labuhkan tudung menutup dada.
  3. Longgarkan pakaian "tak nipis + tak ketat"

"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik". (Al A'raf: ayat 26).

Subhanallah, terlalu banyak rezeki yang Allah berikan kepada kita. Pakaian juga adalah rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah. Bersyukurkah kita?Rezeki yang diberikan olehNya adalah semata-mata untuk menutup keaiban kita (aurat) dan pakaian indah untuk perhiasan kita. Sayangnya Allah kepada hambaNya. Dalam surah Al-A'raf ayat 26, Allah telah menekankan bahawa pakaian takwa ialah pakain yang terbaik. Jadi, dengan rezeki yang Allah bagi kepada kita, nilailah diri apabila berpakaian.
Sebelum keluar rumah,  tengok cermin :
  1. Baca doa " Ya Allah, sebagaimana engkau memperelokkan kejadianku, perelokkanlah juga akhlakku" ,  
  2. Tanya pada diri : " Adakah pakaianku ini mengikut suruhan Allah & menunjukkan keimananku kepadaNya? "

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka..."   (An Nur:31)

MasyaAllah, Allah memberi kita panduan untuk memakai tudung. TAPI...... hendaklah kita memakai tudung yang boleh menutup dada kita. Nak berfesyen, SILAkanlah.... TAPI ingatlah wanita, "tutuplah bahagian dadamu"Taknak pakai tudung bulat? Nak pakai selendang panjang? Halfmoon? Tudung bawal? Ariani? Hana tajima? Pakailah tapi carilah yang SESUAI dengan tubuh badan, LABUH MENUTUP DADA, TAK MELEKAT sampai nampak bentuk, TAK JARANG...

Andai ada yang bertanya :
"eh, saya ada banyak tudung tapi jarang, tak labuh, RUGIlah kalau buang"
Jawapan untuk persoalan itu :
KREATIF. Kreatifkan pemakaian anda sehingga dapat mengikut syariat. Boleh pakai inner neck, tudung bawal singkat boleh dilabuhkan & digayakan & macam-macam lagi.

PLease Sayangggku yang Cantik ^^ 

Sabda Nabi: "Akan datang umat akhir zaman terdiri daripada wanita yang berpakaian, tapi bertelanjang dan atas kepala mereka berbonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat Allah dan tidak dapat mencium bau syurga" (Sohih Bukhari)

Dear, nak ke orang nampak kita macam bertelanjang? kepala macam bonggol unta? Kasihanilah mereka, mereka rimas & kesian tengok bakal bidadari macam ni.
Berfesyenkan boleh. Tapi longgarkanlah, supaya kalian nampak berpakaian BUKAN bertelanjang.Bertudung tapi berpakaian ketat? Alahaii, kesiannya tubuh, dibalut dengan ketat. Tak tutup aurat juga macam tu. Aurat bukan rambut je tau dear... ^^ Menutup & membalut tu lain kan? Fikir-fikirkan ya wahai calon bidadari.  



InsyaAllah, Dengan berpakaian pun, kita beribadah. Tapi beribadah hanya bila berpakaian mengikut suruhan dan panduan daripadaNya.Jangan langgar suruhan yer sayangggg.. Kan nak cantik, InsyaAllah dunia akhirat. Jauhi dosa melalui pakaian tau...

Wallahualam.Salam Sayang

Monday, January 21, 2013

Harapan PadaMu Subur Kembali


Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun dihatiku
Kerana takutkan seksaMu
HambaMu rasa putus asa
Siapa dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenangkan QaharMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnahmu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harus ku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwa ini


Sungguh syahdu... Thanks sahabat yang pernah perdengarkan lagu ni... Moga dirimu kembali ke jalan asalmu... Allahu....  


Wednesday, January 16, 2013

Mohon Tetap Pendirian



Bismillahirahmanirrahim..
           Assalamualaikum wbt...

Setiap insan yang berada di atas muka bumi ini pasti melalui banyak pengalaman. PASTI! Saya confirm sangat takda yang kurang pengalaman. Yang membezakan antara kita adalah " Apakah Pengalaman Kita Tersebut ". Coretan kehidupan yang pelbagai perisa sesekali tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.
# Ok, CONTOHNYA :

"Kau apa tau, fikiran macam budak-budak, tak ada pengalaman, Jangan nak duk masuk campur hal aku lahh. Faham?", kata si Polan kepada si dia.

Psssstt, amboi sedap sangat kata macam tu.
Adakah si Polan terlalu banyak pengalaman?
Adakah si Polan tahu segala pengalaman yang ada pada si dia?
Adakah si Polan berasa hebat dengan pengalaman yang diperolehnya tanpa lupa siapa Maha Hebat?
Adakah? Adakah? Bla bla bla bla.......

Bagi saya, kita sesekali tidak boleh mempertikaikan pengalaman orang. Bahkan andai kata perbezaan umur mereka terlalu jauh, ia BUKAN TIKET untuk yang tua mengeji yang muda. HaIshh, Jomlah kita belajar hormat-menghormati sesama kita. Ada banyak kelebihannya.

Bercakap tentang pengalaman ni, PLEASE TRUST ME!
Kadang-kadang yang lebih muda lebih berpengalaman daripada kita tentang sesuatu perkara yang kita tidak pernah tahu.
Tapi..
Kadang-kadang kita tak pernah nak hormat orang lebih muda or lebih junior ni SEBAB kononnya kita masih berpegang kepada ^sudah banyak makan asam garam^

Awak-awak,
Saya pun dari kecil suka makan garam, tapi bukan pengalaman yang saya dapat tauu.
Gemuk yang saya dapat, sebab orang cakap garam menyebabkan badan kita bertakung dengan air, jadi gemuk air. *out of topic* Hehehe...

Daripada banyak-banyak pengalaman tu, kadang-kadang ianya juga boleh memberi kesedaran kepada kita.
Kalau macam saya ni, saya sedar akan sesuatu, sedar tentang bagaimana mahu berhadapan dengan orang bila sedang bersedih, marah or segala macam perasaan. Sedar juga tentang perubahan.
Huh? PERUBAHAN?
yup! perubahan. Bagi saya, kalau nak berubah jangan terlalu drastik, risau kembali kepada asalnya dengan drastik juga. Misalnya?? *fikir sendiri* hehe.. Segalanya elok asalkan perubahan ke arah kebaikan dan pegangannya kuat. Jadi untuk itu, kita perlulah sentiasa mohon kepada Allah SWT untuk ditetapkan pendirian kita terhadap segala macam perubahan ke arah kebaikan yang kita buat. InsyaAllah, berjaya.

Antara contoh tetap pendirian, Kita dah kata kita rasa aktiviti A adalah terbaik, datang orang lain pula kata aktiviti B yang elok. Haaa, mulalah nak kalut-kalut tak tau nak buat aktiviti mana, Kan best kalau kita ni jenis tetap pendirian, takyah fikir-fikir banyak kali dah kalau awalnya kita dah yakin dengan pendirian kita. Kan? Kan?

Maka, point post kali ni apa?
HAhaha , ok, it's all about [ pengalaman + pendirian ]

YA ALLAH..KUATKANLAH PENDIRIAN HAMBA-MU INI~

Isu POSTING of thE yEar!

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .‎ 

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, tahun ni dah masuk tahun 2013. Dah agak terlambat pun kalau nak cakap Happy New Year! Tak apalah, saya tunggu New Year bila bulan Muharram akan datang kunjung tiba. InsyaAllah andai dipanjangkan usia saya dimuka bumi Allah Yang Maha Esa ciptakan ini. Jom sama-sama kita aminkan.. Aaaminnn.. *hehee, TQ!
Ok, bila dah masuk 2013 bermakna saya dah menjadi GRADUAN. *cewaaahh, highlight gtuuu* 

Alhamdulillah saya dah berjaya menghabiskan 5 tahun setengah sisa hidup saya di Terengganu yang tersangatlahhhhh saya cintai itu! okes~ Result pun dah dapat, Alhamdulillah cemerlang walaupun tak mencapai target.. *Uhuk, ok sedih T____T >drama<



Jadi, yang ditunggu adalah POSTING! owh POSTING..... Saya taknak fikir tau tak???! uhUhuuu.. 

Bermulanya Januari 2013, memang dah mula kecoh dekat grOup tentang isu posting ni..pOtpEtpOtpEt guru pelatih PISMP yang baru dah habis belajar November 2012 baru-baru ni duk bercerita. Si dia dengan cerita kabel-2 dia, si dia pulak dengan khabar angin dia. Haaa! Terjawab hari ini, 16 Januari 2013, nama guru-guru pelatih dah keluar. Tapi nama saya takda pun.. 

PELIK? Tak payah lah pelik, Saya nak bukak laman web KPM tadi pun kena masuk tandas banyak kali dulu, barulah berani buka nak check nama. 

Nama yang keluar hari ini adalah nama-nama yang TERPILIH untuk mengajar di SJKC dan SJKT. Ok, Tahniah kepada mereka. Terutama kepada kawan-kawan saya sejak zaman sekolah. Eheee... Cayalahhh Korang! ^peace^Nama yang lain? Haishh, sabar-sabar. Saya pun berdebar ni. Walaupun lambat, pasti ada perancangan daripada Allah yang terbaik untuk kita. InsyaAllah, saya dapat SK. InsyaAllah, belum tentu lagi, TAKboleh yakin lagi. Rahsia Allah untuk saya lah ni. Ingat JODOH dan AJAL je rahsia? Hehehe.. 


Kali ni, posting secara INTERIM dahulu. Banyak lagi nama yang tak naik termasuklah SAYA.  Apa-apa pun, redhalah dapat mana-mana pun.

Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah

  # apa-apa pun, hakikat sebenarnya kerisauan tu tetap ada dalam diri saya ni. Cuma taknak ambil peduli je lagi. InsyaAllah.. Saya yakin, bila kita bersabar dan berdoa, pasti dapat tempat yang terbaik daripadaNya. Cuti pun saya tak puas lagi. Huhuhu...Semoga, kawan-kawan yang belum lagi ada nama bersabarlah. Jangan menaruh harapan terlalu tinggi pada khabar-khabar angin, jangan pula mengeji penyampai cerita. Semua orang nak tolong kita. InsyaAllah. JANGAN LUPA Minta tolong dengan Allah, moga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah, Allah bersama kita. Kan?Kan?Kan? ^__^
Kenangan Masa Praktikum Last! Hehe....

Wallahu'alam

Friday, November 16, 2012

Masihkah ada ruang untukku???


Bismillahirahmanirrahim...
Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum...
La Tahzan..

Apa tu?
Jangan bersedih...

Ketika ini, datang satu perasaan yang bercampur-baur, rasa sedih, rasa menyesal, rasa takut dan bermacam-macam rasa. Astaghfirullah, moga Allah ampuni diri ini...

Banyak kisah silam, Setiap insan PASTI punya kisah silam..
Banyak juga dosa silam. Hati ini ingin bertaubat, tidak lagi mahu kembali ke zaman 'jahiliah' itu..
Semuanya merosakkan hatiku sendiri..
Pernah terdetik dalam hati, masih adakah ruang untuk aku berubah?
Masih adakah manusia yang menerima aku seadanya aku yang baru?
Masih adakah manusia yang tidak ingin mengambil tahu kisah laluku tapi ingin menerimaku pada kisah baruku yang sudah/ingin berubah?

Allahuakhbar. Allah Maha Besar.
Maha Suci Allah. Subhanallah.

Hati ini hanya satu.
Benar, hati ini lemah.
Iman ku teruji melalui hati.
Astaghfirullah, hinanya diri ini.

Sering kali aku berjumpa manusia yang bermain dengan hatiku.
Sering kali juga keinginan hatiku melebihi batas diriku.
Sering kali juga hatiku berkecamuk kesedihan
Sering kali juga hatiku menyesal
Sering kali juga hatiku lalai.

Doaku sentiasa, moga masih ada ruang untukku berubah.
YA! memang ada.
Doaku semoga Allah menerima taubatku
Doaku semoga aku tidak lagi lemah dek hati yang terleka
Doaku semoga hatiku tidak lagi kesedihan kerana nikmat dunia yang tidak kekal

Allahuakhbar.
Benar , hati aku sedang sedih.
Aku hanya mampu diam seribu bahasa.
Terkenang dosaku, terkenang kesilapanku, terkenang kelekaanku, terkenang hati yang remuk.
Allahuakhbar, temukanlah aku dengan pengubat hatiku ini.

Ampuni aku.. Allah... huhu

Friday, July 20, 2012

Siapa Nak CANTIK?

Menjaga Suara.
 Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti “tolong” serta “ minta maaf ”.

Jaga Perkataan
Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga Kulit. 
Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga Muka. 
Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.
Menjaga Rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga Cara Berjalan.
 Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.Berjalan Jangan Terlalu Laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga Gerak-Geri.  
Apabila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.


Menjaga Senyuman. 
Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut apabila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tetapi untuk tujuan baik.

Menjaga Mata. 
Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

Jangan Terlalu Kerap Menjeling
Walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga Kehormatan.
Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.

Menjaga Sikap. 
Taat beragama. Jangan bohong.

Jangan Merungut. 
Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.
MENUTUP AURAT
itu yang utama.