Tuesday, February 5, 2013

Acuan Berfesyen Paling Cantik ^^


Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah,
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam...
Ya Habiballah, Rindu kami kepadamu...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda. 

Girls, kamu lebih cantik daripada bidadari. Percaya atau tidak?
Ya.... Tapi bila?
Wanita, pastinya nak jadi CANTIK, ANGGUN dan segalanya INDAH.....Agak-agaknya lah, siapa yang cantik tu?
Pelakon korea yang putih melepak tu? yang mata sepet comel-comel tu? Mereka boleh tak dikategorikan bidadari dunia?


Hurmmm....Cuba baca surah Al-Waqiah. Bidadari syurga ini digambarkan oleh Allah dgn perumpamaan yang sangat menarik. Tapi, secantik apa pun para bidadari syurga ini, wanita Mukminat jauh lebih cantik daripada mereka; iaitu orang yang memelihara auratnya, membasuh mukanya setiap hari dengan wuduk , melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi redha Allah.


 " Mukminat solehah itu lebih anggun daripada bidadari syurga "

 Jom kita berfesyen mengikut syariat, acuan yang sebenar-benarnya. Oh ya, bagaimana?

  1. Pakailah pakaian takwa.
  2. Labuhkan tudung menutup dada.
  3. Longgarkan pakaian "tak nipis + tak ketat"

"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik". (Al A'raf: ayat 26).

Subhanallah, terlalu banyak rezeki yang Allah berikan kepada kita. Pakaian juga adalah rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah. Bersyukurkah kita?Rezeki yang diberikan olehNya adalah semata-mata untuk menutup keaiban kita (aurat) dan pakaian indah untuk perhiasan kita. Sayangnya Allah kepada hambaNya. Dalam surah Al-A'raf ayat 26, Allah telah menekankan bahawa pakaian takwa ialah pakain yang terbaik. Jadi, dengan rezeki yang Allah bagi kepada kita, nilailah diri apabila berpakaian.
Sebelum keluar rumah,  tengok cermin :
  1. Baca doa " Ya Allah, sebagaimana engkau memperelokkan kejadianku, perelokkanlah juga akhlakku" ,  
  2. Tanya pada diri : " Adakah pakaianku ini mengikut suruhan Allah & menunjukkan keimananku kepadaNya? "

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka..."   (An Nur:31)

MasyaAllah, Allah memberi kita panduan untuk memakai tudung. TAPI...... hendaklah kita memakai tudung yang boleh menutup dada kita. Nak berfesyen, SILAkanlah.... TAPI ingatlah wanita, "tutuplah bahagian dadamu"Taknak pakai tudung bulat? Nak pakai selendang panjang? Halfmoon? Tudung bawal? Ariani? Hana tajima? Pakailah tapi carilah yang SESUAI dengan tubuh badan, LABUH MENUTUP DADA, TAK MELEKAT sampai nampak bentuk, TAK JARANG...

Andai ada yang bertanya :
"eh, saya ada banyak tudung tapi jarang, tak labuh, RUGIlah kalau buang"
Jawapan untuk persoalan itu :
KREATIF. Kreatifkan pemakaian anda sehingga dapat mengikut syariat. Boleh pakai inner neck, tudung bawal singkat boleh dilabuhkan & digayakan & macam-macam lagi.

PLease Sayangggku yang Cantik ^^ 

Sabda Nabi: "Akan datang umat akhir zaman terdiri daripada wanita yang berpakaian, tapi bertelanjang dan atas kepala mereka berbonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat Allah dan tidak dapat mencium bau syurga" (Sohih Bukhari)

Dear, nak ke orang nampak kita macam bertelanjang? kepala macam bonggol unta? Kasihanilah mereka, mereka rimas & kesian tengok bakal bidadari macam ni.
Berfesyenkan boleh. Tapi longgarkanlah, supaya kalian nampak berpakaian BUKAN bertelanjang.Bertudung tapi berpakaian ketat? Alahaii, kesiannya tubuh, dibalut dengan ketat. Tak tutup aurat juga macam tu. Aurat bukan rambut je tau dear... ^^ Menutup & membalut tu lain kan? Fikir-fikirkan ya wahai calon bidadari.  



InsyaAllah, Dengan berpakaian pun, kita beribadah. Tapi beribadah hanya bila berpakaian mengikut suruhan dan panduan daripadaNya.Jangan langgar suruhan yer sayangggg.. Kan nak cantik, InsyaAllah dunia akhirat. Jauhi dosa melalui pakaian tau...

Wallahualam.Salam Sayang

No comments: