Showing posts with label [tips]. Show all posts
Showing posts with label [tips]. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Siapa Nak CANTIK?

Menjaga Suara.
 Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti “tolong” serta “ minta maaf ”.

Jaga Perkataan
Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga Kulit. 
Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga Muka. 
Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.
Menjaga Rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga Cara Berjalan.
 Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.Berjalan Jangan Terlalu Laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga Gerak-Geri.  
Apabila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.


Menjaga Senyuman. 
Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut apabila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tetapi untuk tujuan baik.

Menjaga Mata. 
Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

Jangan Terlalu Kerap Menjeling
Walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga Kehormatan.
Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.

Menjaga Sikap. 
Taat beragama. Jangan bohong.

Jangan Merungut. 
Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.
MENUTUP AURAT
itu yang utama.

Friday, June 1, 2012

Tunang + Nikah

Salam.

ok, tahniah kepada si pengantin mahupun orang-2 yang bertunang waktu cuti ni.
Perkongsian bersama + PERINGATAN disini.
Hasil daripada bacaan dari lama MukaBuku :

Soalan: Siapakah WANITA yang PALING MAHAL Hantaran Kahwinnya?

Jawapan: Wanita itu ialah WANITA yang PALING TIDAK BERKAT Perkahwinannya...^_^





Jadi, Jangan bebankan si Suami tapi terimalah sebagai hadiah daripada si Suami..
Taknak beban lepas kahwinkan? Hehehe..

Bak kata Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya :
- Sebaik-baik perempuan, sebaik-baik jodoh, adalah yang paling murah belanjanya.




Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )

khasiat LIMAU NIPIS :: nak SIHAT / KURUS ::

Salam.
++ ok, ini tips yang 'pernah' dicuba 1 masa dahulu & BAKAL diamalkan semula sebab masalah KEGEMUKAN diri sekarang ni ++



" Khasiat Limau Nipis "
  • Mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi.
  • Mengurangkan kedutan.
  • Melembapkan kulit.
  • Menyegarkan kesihatan kuku :
    • Rendam dalam jus limau nipis
    • Dapat membantu merawat kuku yang bermasalah + kuku akan bersinar! 
  • Menghilangkan kelumumur :
    • Gosok sehingga rasa pada kulit kepala
  • Untuk menyingkirkan kulit sel mati :
    • Gosok kulit dengan limau nipis
  • Untuk membuat ramuan KURUS badan secara semulajadi :
    • Ambil limau nipis + belah 4
    • Perahkan jusnya + Campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat
    • Minum setiap malam sebelum tidur
| sumber : Majalah Mingguan Wanita + blog top5reason + pengalaman sendiri :)

Sunday, January 2, 2011

++Soalan sering bermain di MINDA++


----renung-renungkan----
-----perkongsian supaya hati-hati  tenang-----



-tutup mata, kawal fikiran dari menerjah kekalutan sekeliling-
kemudian teruskan dengan persoalan
5 SOALAN yang biasa
*bila sesuatu yang berkait berlaku & tidak selari  dengan kehendak, itulah persoalan yang bakal berputar di benak fikiran*

  1. Apakah itu CINTA?
  2. Adakah hidup ini ADIL?
  3. Adakah SENANG itu segala-galanya?
  4. Adakah kita memiliki PILIHAN dalam hidup?
  5. Apakah makna KEHILANGAN?
SOALAN 1
  • hubungan antara manusia ini terbentuk atas jalinan hati dan perasaan tidak kiralah ianya PERSAHABATAN atau PERCINTAAN. Bila ada persefahaman dan keserasian, barulah ia terbentuk. Jika ikhlas sesuatu perhubungan itu maka tidaklah *terputus jalinan* itu. Jika cinta itu tidak boleh dijalinkan, maka tali persahabatan masih boleh dihulurkan.Kembalilah kerana Cinta bukan bererti memiliki, tetapi cukuplah sekadar melihat insan yang berkenaan bahagia dengan hendakNya.
SOALAN 2
  • KEADILAN : fikir dulu sejenak dimanakah 'adil kita'..
    • Adakah kita meletakkan Allah pada tempatnya?
    • Adakah kita meletakkan ibubapa pada tempatnya?
    • Adakah kita meletakkan diri pada tempatnya? *agamanya, akhlaknya,amalnya*
  • Muhasabahlah diri dahulu~
SOALAN 3
  • Pernah dengar warna-warni kehidupan? Tahu ke apa maknanya? Hehe..
    • Kalau hidup ini semuanya senang, maka tiadalah istilah warna-warni kehidupan. Kenapa?
      • Warna-warni kehidupan ialah kegembiraan, kesedihan, kesusahan, kesenangan, kekecewaan, keinsafan, kesyukuran dan sebagainya. Jika hidup hanya berlandaskan kesenangan semata-mata, hilanglah warna-warninya...
  • Maka disinilah timbulnya jawapan yang ke-4 iaitu pilihan dalam kehidupan.
SOALAN 4
  • Pilihan itu ada, ada untuk setiap insan. Kita memiliki banyak pilihan dalam kehidupan. Kita berhak membuat keputusan tapi INGATLAH bahawa kita ada undang-undang dan aturannya. PILIHAN kita bersandarkan kepada ALLAH kerana hadirnya pilihan juga dariNya. Maka ikutlah aturan dan hukum-hukumnya. Dahulukanlah yang sepatutnya.
    • Andai pilihan yang dibuat membawa lebih kebaikan kepada diri dan sekeliling maka baiklah ia dan jauhlah ia dari segala keburukan dan hilanglah segala kesedihan.
    • Andai sebaliknya bersabarlah dan berusahalah kepada yang lebih baik.
      • Segala yang berlaku adalah dariNya, jangan menyesal-
      • Kecewa? Ya..tapi ingatlah andai itu takdirnya......................
SOALAN 5
  • Kehilangan.......
    • Kita kena kuat. Kena terima segala risiko bila membuat keputusan. Ingatlah janji ALLAH ada hikmah disebalik segala yang berlaku. InsyaAllah.

**notakakikucomel**
sebenarnya ini untuk tazkirah speciall punye!
thanks sangat dekat Sis yang suka nasihat
ayat2 atas tu pun edit dari kata2 dia.


yEah!
i'm not strong enough
but
always PRETEND like I'm OK
I'm Ok! I'm Ok! I'm Ok!
*then mu tears & my luvly eyes denied it*