Friday, November 16, 2012

Masihkah ada ruang untukku???


Bismillahirahmanirrahim...
Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum...
La Tahzan..

Apa tu?
Jangan bersedih...

Ketika ini, datang satu perasaan yang bercampur-baur, rasa sedih, rasa menyesal, rasa takut dan bermacam-macam rasa. Astaghfirullah, moga Allah ampuni diri ini...

Banyak kisah silam, Setiap insan PASTI punya kisah silam..
Banyak juga dosa silam. Hati ini ingin bertaubat, tidak lagi mahu kembali ke zaman 'jahiliah' itu..
Semuanya merosakkan hatiku sendiri..
Pernah terdetik dalam hati, masih adakah ruang untuk aku berubah?
Masih adakah manusia yang menerima aku seadanya aku yang baru?
Masih adakah manusia yang tidak ingin mengambil tahu kisah laluku tapi ingin menerimaku pada kisah baruku yang sudah/ingin berubah?

Allahuakhbar. Allah Maha Besar.
Maha Suci Allah. Subhanallah.

Hati ini hanya satu.
Benar, hati ini lemah.
Iman ku teruji melalui hati.
Astaghfirullah, hinanya diri ini.

Sering kali aku berjumpa manusia yang bermain dengan hatiku.
Sering kali juga keinginan hatiku melebihi batas diriku.
Sering kali juga hatiku berkecamuk kesedihan
Sering kali juga hatiku menyesal
Sering kali juga hatiku lalai.

Doaku sentiasa, moga masih ada ruang untukku berubah.
YA! memang ada.
Doaku semoga Allah menerima taubatku
Doaku semoga aku tidak lagi lemah dek hati yang terleka
Doaku semoga hatiku tidak lagi kesedihan kerana nikmat dunia yang tidak kekal

Allahuakhbar.
Benar , hati aku sedang sedih.
Aku hanya mampu diam seribu bahasa.
Terkenang dosaku, terkenang kesilapanku, terkenang kelekaanku, terkenang hati yang remuk.
Allahuakhbar, temukanlah aku dengan pengubat hatiku ini.

Ampuni aku.. Allah... huhu

No comments: