Wednesday, January 16, 2013

Mohon Tetap Pendirian



Bismillahirahmanirrahim..
           Assalamualaikum wbt...

Setiap insan yang berada di atas muka bumi ini pasti melalui banyak pengalaman. PASTI! Saya confirm sangat takda yang kurang pengalaman. Yang membezakan antara kita adalah " Apakah Pengalaman Kita Tersebut ". Coretan kehidupan yang pelbagai perisa sesekali tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.
# Ok, CONTOHNYA :

"Kau apa tau, fikiran macam budak-budak, tak ada pengalaman, Jangan nak duk masuk campur hal aku lahh. Faham?", kata si Polan kepada si dia.

Psssstt, amboi sedap sangat kata macam tu.
Adakah si Polan terlalu banyak pengalaman?
Adakah si Polan tahu segala pengalaman yang ada pada si dia?
Adakah si Polan berasa hebat dengan pengalaman yang diperolehnya tanpa lupa siapa Maha Hebat?
Adakah? Adakah? Bla bla bla bla.......

Bagi saya, kita sesekali tidak boleh mempertikaikan pengalaman orang. Bahkan andai kata perbezaan umur mereka terlalu jauh, ia BUKAN TIKET untuk yang tua mengeji yang muda. HaIshh, Jomlah kita belajar hormat-menghormati sesama kita. Ada banyak kelebihannya.

Bercakap tentang pengalaman ni, PLEASE TRUST ME!
Kadang-kadang yang lebih muda lebih berpengalaman daripada kita tentang sesuatu perkara yang kita tidak pernah tahu.
Tapi..
Kadang-kadang kita tak pernah nak hormat orang lebih muda or lebih junior ni SEBAB kononnya kita masih berpegang kepada ^sudah banyak makan asam garam^

Awak-awak,
Saya pun dari kecil suka makan garam, tapi bukan pengalaman yang saya dapat tauu.
Gemuk yang saya dapat, sebab orang cakap garam menyebabkan badan kita bertakung dengan air, jadi gemuk air. *out of topic* Hehehe...

Daripada banyak-banyak pengalaman tu, kadang-kadang ianya juga boleh memberi kesedaran kepada kita.
Kalau macam saya ni, saya sedar akan sesuatu, sedar tentang bagaimana mahu berhadapan dengan orang bila sedang bersedih, marah or segala macam perasaan. Sedar juga tentang perubahan.
Huh? PERUBAHAN?
yup! perubahan. Bagi saya, kalau nak berubah jangan terlalu drastik, risau kembali kepada asalnya dengan drastik juga. Misalnya?? *fikir sendiri* hehe.. Segalanya elok asalkan perubahan ke arah kebaikan dan pegangannya kuat. Jadi untuk itu, kita perlulah sentiasa mohon kepada Allah SWT untuk ditetapkan pendirian kita terhadap segala macam perubahan ke arah kebaikan yang kita buat. InsyaAllah, berjaya.

Antara contoh tetap pendirian, Kita dah kata kita rasa aktiviti A adalah terbaik, datang orang lain pula kata aktiviti B yang elok. Haaa, mulalah nak kalut-kalut tak tau nak buat aktiviti mana, Kan best kalau kita ni jenis tetap pendirian, takyah fikir-fikir banyak kali dah kalau awalnya kita dah yakin dengan pendirian kita. Kan? Kan?

Maka, point post kali ni apa?
HAhaha , ok, it's all about [ pengalaman + pendirian ]

YA ALLAH..KUATKANLAH PENDIRIAN HAMBA-MU INI~

No comments: