Sunday, January 2, 2011

++Soalan sering bermain di MINDA++


----renung-renungkan----
-----perkongsian supaya hati-hati  tenang-----



-tutup mata, kawal fikiran dari menerjah kekalutan sekeliling-
kemudian teruskan dengan persoalan
5 SOALAN yang biasa
*bila sesuatu yang berkait berlaku & tidak selari  dengan kehendak, itulah persoalan yang bakal berputar di benak fikiran*

  1. Apakah itu CINTA?
  2. Adakah hidup ini ADIL?
  3. Adakah SENANG itu segala-galanya?
  4. Adakah kita memiliki PILIHAN dalam hidup?
  5. Apakah makna KEHILANGAN?
SOALAN 1
  • hubungan antara manusia ini terbentuk atas jalinan hati dan perasaan tidak kiralah ianya PERSAHABATAN atau PERCINTAAN. Bila ada persefahaman dan keserasian, barulah ia terbentuk. Jika ikhlas sesuatu perhubungan itu maka tidaklah *terputus jalinan* itu. Jika cinta itu tidak boleh dijalinkan, maka tali persahabatan masih boleh dihulurkan.Kembalilah kerana Cinta bukan bererti memiliki, tetapi cukuplah sekadar melihat insan yang berkenaan bahagia dengan hendakNya.
SOALAN 2
  • KEADILAN : fikir dulu sejenak dimanakah 'adil kita'..
    • Adakah kita meletakkan Allah pada tempatnya?
    • Adakah kita meletakkan ibubapa pada tempatnya?
    • Adakah kita meletakkan diri pada tempatnya? *agamanya, akhlaknya,amalnya*
  • Muhasabahlah diri dahulu~
SOALAN 3
  • Pernah dengar warna-warni kehidupan? Tahu ke apa maknanya? Hehe..
    • Kalau hidup ini semuanya senang, maka tiadalah istilah warna-warni kehidupan. Kenapa?
      • Warna-warni kehidupan ialah kegembiraan, kesedihan, kesusahan, kesenangan, kekecewaan, keinsafan, kesyukuran dan sebagainya. Jika hidup hanya berlandaskan kesenangan semata-mata, hilanglah warna-warninya...
  • Maka disinilah timbulnya jawapan yang ke-4 iaitu pilihan dalam kehidupan.
SOALAN 4
  • Pilihan itu ada, ada untuk setiap insan. Kita memiliki banyak pilihan dalam kehidupan. Kita berhak membuat keputusan tapi INGATLAH bahawa kita ada undang-undang dan aturannya. PILIHAN kita bersandarkan kepada ALLAH kerana hadirnya pilihan juga dariNya. Maka ikutlah aturan dan hukum-hukumnya. Dahulukanlah yang sepatutnya.
    • Andai pilihan yang dibuat membawa lebih kebaikan kepada diri dan sekeliling maka baiklah ia dan jauhlah ia dari segala keburukan dan hilanglah segala kesedihan.
    • Andai sebaliknya bersabarlah dan berusahalah kepada yang lebih baik.
      • Segala yang berlaku adalah dariNya, jangan menyesal-
      • Kecewa? Ya..tapi ingatlah andai itu takdirnya......................
SOALAN 5
  • Kehilangan.......
    • Kita kena kuat. Kena terima segala risiko bila membuat keputusan. Ingatlah janji ALLAH ada hikmah disebalik segala yang berlaku. InsyaAllah.

**notakakikucomel**
sebenarnya ini untuk tazkirah speciall punye!
thanks sangat dekat Sis yang suka nasihat
ayat2 atas tu pun edit dari kata2 dia.


yEah!
i'm not strong enough
but
always PRETEND like I'm OK
I'm Ok! I'm Ok! I'm Ok!
*then mu tears & my luvly eyes denied it*

2 comments:

Unknown said...

kadang2 ak rase ko ni mcm pakar kaunseling pon ade jugak~ hehe

Unknown said...

hahaha..
pujian ke sindiran tuh??
kdg2 aq pun rse mcm tuh tpi hnya bla dgn ko je... *koya jer* haha
ngeksss la kwn aq sorg ni..haha