Seandainya engkau memperoleh teman dan telah menyayanginya lebih dari yang lain, bersabarlah engkau apabila berlakunya permasalahan diantara kalian. Kerana ia mungkin ada seribu satu alasan mengapa ia terjadi dan yakinlah kepada Allah bahawasanya segala kejadiannya pasti terselit seribu satu hikmah yang mungkin belum terungkai.
:: sEoranG TEMAN berbIcaRa ::
Diri ini sungguh lemah dan hanya semata-mata insan kerdil di dunia yang fana ini. Kenangan bersama teman-teman sangat indah walaupun ia terhimpun segala kisah suka dan duka. Mungkin aku bukan teman yang bisa menyenangkan semua kawan-kawanku. Segala kelemahanku mungkin lebih dari segala kebaikanku.
Wahai teman, perbetulkanlah kesilapanku agar aku masih bisa mengubahnya menjadi lebih baik. Semoga kita masih kekal bersatu dalam apa jua keadaan dan jauh dari lubuk hatiku teman, aku ingin menjadikanmu temanku sehingga akhir hayatku. Aku ikhlas berkawan denganmu kerana Allah.
Wahai teman...
Mengapa engkau berubah sekelip mata tanpa memberi jawapan terhadap segala persoalanku?
Mengapa engkau berdiam tatkala diajukan pertanyaan yang hanya ringkas didengar serta mudah difahami? Ya... Aku akui engkau menafikan segala yang aku rasa tapi hakikatnya aku telah mengenali dirimu serta segala tindak tandukmu. Kata dan tindakanmu itu berbeza. Akhirnya engkau telah membuat keputusan yang hanya membuatkan diri ini tersenyum menelan kepahitan.
Mengapa engkau tidak memberi peluang kepadaku untuk tahu hakikat yang sebenar dan sekaligus engkau memberi ruang kepada orang sekeliling mempengaruhiku dengan tanggapan mereka sendiri?
Teman..
Andai kau mengerti apa yang tersirat dihatiku, masihkah engkau sudi mengembalikan kenangan dulu kepadaku? Yaaa. Aku sedar bahawa kenangan itu tidak akan kembali lagi kerana ia hanyalah di masa silam kita bersama.
Aku sedar aku segala kekurangan. Aku tidak bisa menyenangkan engkau dan tidak mampu membawa kemana engkau ingin pergi. Aku tidak mampu. Maafkan aku. Maafkan segala kekhilafanku. Engkau berbahagialah dengan teman yang lain seandainya teman itu lebih membahagiakanmu, lebih membanggakanmu.
--andai ini takdirnya, aku redha dengan tulusnya—
--andai ini pengakhirannya, permulaannya akan tersemat dihatiku selamanya--
nota.kakiku.wangi :
- Bila berkawan, ikhlaskanlah hatimu..
- Selesaikanlah masalah antara kamu dengan berbincang dengan suara bukan berdiam diri.
- Awasi lidah semasa berbicara kerana lidah itu berbisa dah sukar dikawal tutur katanya..
- Sayangilah sahabat, teman, kawan kerana mereka bukan tempat persinggahan semata-mata.
- Janganlah engkau meninggalkan teman dek kerana mengejar kesenangan dan mementingkan diri sendiri.
^^pesanan penaja^^
No comments:
Post a Comment