mula-mulanya saya tak rasa pun nak mencoret apa-apa pada waktu ni..
tapi tiba-tiba je saya rasa banyak pula idea nak tulis..
ok..
kenapa tajuk saya letak wanita??
hmmm...
kalau nak tahu..
baca la yer~~~~~
---renungan juga kepada insan-insan yang boleh bergelar wanita@perempuan@girl@sewaktu dengannya TERMASUKLAH DIRI SENDIRI!!---
ok.
1st : KENAPA WANITA SEKARANG SUKA BERSANGGUL TINGGI????
--Merujuk soalan di atas, saya pernah bertanya kepada seorang insan tentang hal ini (dia bersanggul tinggi) , mesti korang nak tahu kan apa jawapan mereka??? BACA PENGAKUAN DI BAWAH!
" aku rasa lebih kemas kalo pakai tudung dengan bersanggul macam ni. Lagipun ini fesyen zaman sekarang. Orang baru tak pandang rendah kalo ikut zaman. Aku tengok orang yang bersanggul tinggi pun nampak cun je. Tapi aku tak paksa sape2 pakai macam aku. Ikut selera sendiri la. Lagipun, lelaki mesti bayangkan rambut orang yang bersanggul ni panjang. haha. cun2! "
--sanggul macam ni kadang-kadang menyusahkan orang yang memandang.. yelaaa.. Kalau saya sendiri, bila pandang oreang yang bersanggul tinggi, adoi serba salahnya rasa.. Tak tahu la kenapa.. Tapi kadang-kadang kalau kita duk belakang orang bersanggul tinggi ni. pandangan kita ke hadapan pun berkurang.. HAHA .. Kawan saya cerita dekat saya, dia nak belajar dan tengok papan putih masa lecturer mengajar pun tak nampak. Sebabnya setiap kali orang yang berada di hadapan dia gerakkan kepala, dia kena gerakkan sekali, kalo tak, TAK NAMPAK.. oH kesiannya!
-- saya ni insan yang lemah. Tak tahu macam mana nak tegur dia. Saya tahu yang dia tahu tentang hadis-hadis yang berkaitan dengan sanggul ni. Dia tahu tak boleh. Tapi apakan daya?? Selemah-lemah iman, tegur lah walaupun di dalam hati. Ada hukumnya tentang pemakaian seperti itu. Bacalah hadis di bawah :
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).
Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.
Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.
KLIK2 LINK INI UNTUK INFO :
2nd: MAKE-UP ?? PENTINGKAH????
--utk soalan di atas, saya ada kawan yang sangat obses dengan make up. DAN pernah suatu hari dia dengan ikhlasnya mengatakan bahawa saya ni "still budak" kerana perangai saya yang kebudak-budakkan. DAN saya ni tidak menggunakan make-up seperti dia DAN muka saya tak berseri. TAK PANDAI. Dia kata, orang perempuan ni kalau tak pandai make-up, lelaki tak suka. oH betul ke macam tu?? haha~ Itu pandangan dia ~ .
Masa tu saya ada idea @ hujah untuk balas dekat dia, jadi saya pun cakap la dekat dia :
" mungkin make-up itu penting tetapi bukan untuk tayangan umum, hanya untuk suami sahaja JIKA suami minta kita make-up @ kalau kita sentiasa nak tackle hati suami "
TAPI disebabkan dia masih lagi tak nak kalah dengan "budak", dia jawab la :
" kalau tak pandai make-up sekarang, macam mana nak pakai make-up nanti depan suami?? Mesti comot. Sebab itu kita kena sentiasa make-up dari sekarang. "
saya jawab lagi "
" Boleh belajar, dan bukannya saya tak pandai langsung nak pakai bedak or sewaktu dengannya, tetapi berpada-padalah di depan khalayak. Mungkin awak rasa awk lawa depan orang, mungkin awak rasa lelaki pandang awak bila awak make-up, TAPI awak tahu ke isi hati lelaki?? bukankah kita ni PELBAGAI. Pandangan orang pun pelbagai. Jadi mungkin ada sesetengah orang kata kita lawa TAPI tak semua orang pandangan yang sama. Kita ni janganlah riak sangat dengan rupa paras. Bila-bila Allah boleh tarik. "
---sebenarnya kami berbalas komen agak lama. Banyak. TAPI akhirnya dia terdiam & delete post2 itu. mungkin dia termalu dengan sendirinya. Saya rasa nak minta maaf sangat, tapi saya hanya ingin menegur. hEHehe. ~JANGANLAH RIAK DAN TAKBUR~
" Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri (takabbur) dari menyembah-Ku akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." ( Surah Fussilat, Ayat 15
KLIK2 LINK INI UNTUK INFO :
3 rd: PENAMPILAN????
Suatu hari, saya dengan kawan-kawan dalam perjalanan ke rumah kawan yang lain. Kebetulan pada masa itu, saya berada bersama si A dengan si B. Saya ni suka tanya dan tegur dengan ikhlasnya dekat kawan-kawan yang dah lama berkawan dengan saya sebab saya kenal mereka dan mereka kenal saya lebih dari kawan yang lain. hehe. Kiranya kami bagaikan saling menerima perangai masing-masing. Nak dijadikan cerita , semasa dalam perjalanan saya berborak & secara tiba-tiba berdiskusi dengan si A dan si B. Sila baca :
Si A : [sedang bercerita 'life' dia di kampus yang membanggakan.]
^tiba-tiba saya menyampuk^
I : Eh A, aku rasa penampilan mu ni sokmo berubah. Setahu aku dulu mu pakai tudung labuh-labuh, pakai baju pun tak ketat tapi loni lain je. Dekat FACEBOOK pun aku nampak mu letak gambar pelbagai . Ada yang berpenampilan warak tapi ad gak yang tak sesuai. Lagipun berdasarkan story mu pun, mu ni orang yang hebat dan boleh berbicara tentang agama. Tapi bakpo mu tak tetap pendirian??
Si A : Aku bukan tak tetap pendirian tapi aku menyesuaikan diri dengan keadaan. Memang aku kena buat macam ni untuk orang senang dengan aku.
Si B : Sesuaikan diri macam mana tu?
I : A'ah la. Memang la kita kena pandai sesuaikan diri dengan orang sekeliling tapi betul ke cara mu tu?? Bila pergi majlis semua orang alim, mu pun pakai ala2 alim tapi bila dengan orang-orang biasa atau dengan orang-orang yang seksi, mu seksi la??
Si A : Yup. Baru lah orang tak pandang serong dekat kita.
Si B : Salah tu. Biar manusia pandang serong , asalkan kita mulia di hadapan Pencipta kita. Dosa pahala bukan di tangan manusia kan?
I : Sokong . Tak boleh la ikut cara tu wahai A yang ku syg. Orang akan makin pandang rendah bila tahu mereka mengenali insan yang 'HIPOKRIT'. Jangan marah ek aku kata gitu. huhu.. Memang aku tak baik seperti orang lain , tapi aku saje nak sedarkan diri aku sendiri & tak salahkan berkongsi dengan kawan-kawan?? Kita memang kena tutup aurat.
Si B : Betul tu, kadang-kadang manusia ni lalai. Sama-samalah kita pikul tanggungjawab untuk menyedarkan diri dan orang sekeliling.
Si A : Dah la, tukar topik.
---huhu.. disebabkan dia nak tukar topik, kami [ saya dan Si B] minta dia fikir-fikirkan sendiri apa yang diISUkan tadi. hehe.
---Dari sudut pandangan saya, ramai wanita ingin diterima dan mahu orang mengambil perhatian tentang mereka. Mereka sanggup melakukan apa saja sehingga kadang-kala lupa keredhaanNya. Ya Allah, jauhilah aku dari sifat-sifat itu. Aminn..
---Sebab itu lah, kita semua bertanggungjawab untuk menyedarkan orang sekeliling kita tentang perkara-perkara seperti ini. Walaupun kadang-kala ia dianggap remeh.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sebahagian daripada keelokkan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya."
(H.R At-Tarmidzi dan Ibn Majah)
(H.R At-Tarmidzi dan Ibn Majah)
KLIK2 LINK INI UNTUK INFO :
s
aya ni bukan la baik sangat. Tapi saya sedar tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling saya. Saya rasa pelik tapi walau apa pun saya kena terima hakikat yang saya tak sepatutnya rasa macam tu... ok ... banyak lagi nak berkongsi.. tapi nantilah saya sambung k..
>>> bersambung
<<<<
No comments:
Post a Comment