masa makin singkat tapi hambamu ini masih tidak menghargainya
ya! hambamu ini masih belum bijak membahagikan masa.
padaMu ku mohon, diberikan sedikit ruang untuk memperbaiki diriku.
panjangkanlah umurku ya Allah, umur kedua orang tuaku dan semua yang kusayangi.
ampuni kami, masukkan kami dalam golongan yang beriman pada-Mu.
pimpinlah kami, permudahkan urusan kami, tunjukkan kami jalan yang lurus.. aminn~
singkatnya masa.
bila kesedaran itu tiba.
hamba Allah yang kerdil mula teringat2 tentang suatu perkara
yang sering didengar daripada sebuah lagu RAIHAN [demi masa] dan dibaca daripada buku2.
iaitu INGAT 5 PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA.
apakah ia???
- sehat sebelum sakit,
- kaya sebelum miskin
- muda sebelum tua,
- lapang sebelum sempit
- hidup sebelum mati.
singkatnya masa bukan suatu cerita
tapi hanya sekadar kesedaran bersama
sedar tak sedar, bulan Rejab dah meninggalkan kita.
agak cepat masa berlalu..
rasanya bagai baru semalam Rejab itu muncul..
tapi belum apa2 hajat ku terlaksana pada bulan ini,
Rejab sudah pergi meninggalkan ku~
kini Syaaban sudah tiba, Ramadan bakal dirasa, Syawal pula akan kunjung tiba.
eloklah kita memperbanyakkan amal ibadat pada bulan-bulan yang mulia ini.

No comments:
Post a Comment