Friday, May 29, 2009

pErsOnaliti la pulak!!

kat ats ni gmbr clzmate girL I yg 100% punyer personaliti yg berbeza!!ahax!!

hai3....

jOm ktEr tgOk2 skEt pSal pErsOnaliti..
sEtiap org pUnyEr pErsOnaliti yG bErbEza kn..
sO cb pk yG mnE kOrg pUnyEr
& mgkIn gak kOrg blh tGok sft2 utk pErsonaLiti Org2 tErtntu yG ad dLm pkIran kOrg skRg
jOm tgOk!!


a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain.
  • berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
  • lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
  • lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
  • lebih banyak bercakap dari mendengar
  • berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
  • gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
  • Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak


b) Personaliti Pendiam
Bersifat:
  • lebih suka menyendiri
  • sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan sesuatu yang mereka sukai
  • mudah merasa diketepikan dalam keramaian
  • lebih suka memikir
  • mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
  • menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
  • seorg pendengar yang baik, kurang gemar dipuji
  • tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain

c) Personaliti Perasa
Bersifat:
  • mahu jawapan yang pasti dan tepat
  • suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
  • suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
  • mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
  • lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
  • kurang mempunyai firasat

d) Personaliti peramal
Sifatnya:
  • gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
  • selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan
  • bijak mengenalpasti peluang baru
  • tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
  • gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
  • sering memberi jawapan berbentuk umum
  • gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
  • banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
  • suka menguji kebolehan orang lain

e) Personaliti pemikir
Bersifat:
  • mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
  • sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
  • yang penting dia mestilah benar setiap masa
  • kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
  • baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
  • suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

f) Personaliti sensitif
Bersifat:
  • sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain.
  • Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain
  • dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
  • suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
  • tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
  • akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain


hmm........semua ni pun I terbaca dlm 1 lmn wEb n kire mcm cOpy & ediT sket2 la...hehe
xpe2!! yg pEntg ni ilMu pEngEtahUan yg bOleh dkOngsI bErSama kn?kn?

No comments: